“Takyah Kahwinlah Kau Ni!” – Dengki Tengok ‘Lifestyle’ Bakal Suami Sempurna, Luahan Wanita Ini Dikecam Ramai

Entertainment
30 May 2022 • 4:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Apabila seorang wanita sudah membuat keputusan mahu mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki, ia bermaksud wanita tersebut sudah berfikir secara ‘masak’ untuk menepuh liku-liku kehidupan bersama-sama.

Bukan saja sudah bersedia, malah akan saling tolong-menolong dan support segala keputusan yang di buat kerana itulah tugas yang akan dilakukan jika sudah berkahwin.

Bagaimanapun, perkongsiaan seorang wanita di Twitter ini lain pula kerana dirinya sering berasa dengki dengan pasangannya.

Difahamkan melalui ciapan yang di buat, perkahwinan wanita itu bersama pasangannya sudah tidak lama lagi, namun dia berasa tidak yakin untuk berkahwin hanya kerana mempunyai sifat iri hati melihat rakan-rakan bakal suami yang berjaya.

Menurutnya, baru-baru ini, rakan-rakan bakal suaminya menyambut ‘parti bujang’ hingga ke luar negara dan akan menyambut untuk kali kedua di Malaysia.

Apa yang membuatkan dia berasa dengki, kawan-kawannya tidak berbuat sedemikian. Hinggakan wanita itu mahu berkata kepada bakal suami bahawa dia lebih selesa hidup single dari membuat ‘parti bujang’

image is not available

Semua ini berlaku hanya kerana berasa cemburu melihat ‘circle’ bakal suami yang didakwa beribu kali sempurna dari dirinya dan ciapan tersebut telah menarik perhatian ramai untuk meninggalkan komen nasihat serta kecaman.

Kebanyakkan netizen menasihati wanita itu tidak hidup berpaksikan kawan-kawan dan bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang ini. Dalam pada itu, ada juga yang tidak faham dengan pemikirannya yang dengki dengan pasangan sendiri sedangkan sudah tidak lama lagi hendak mendirikan rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

(VIDEO) "Kau Ni Menyusahkan Aku!" - Selamba Pukul Anak Dalam Bas, Wanita Dikecam Netizen