
SEMPORNA: Sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan kempen kesedaran mencegah kebakaran di perkampungan atas air, Kg Simunul pada Sabtu sebagai inisiatif pencegahan insiden tidak diingini berulang.
Program ‘Humalik Da Kuman Ha Sunug’ itu menyaksikan para pelajar Program Sosiologi dan Antropologi Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UMS bergerak dari rumah ke rumah untuk mengedarkan risalah panduan mencegah kebakaran.
