Penganggur ditahan tampar OKU lembam

8 May 2022 • 11:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

TAIPING - Polis menahan seorang penganggur dipercayai terlibat dalam insiden mengasari remaja yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam dalam kejadian di Taman Tasik Taiping di sini pada Sabtu.

Tangkapan suspek berusia 22 tahun itu dibuat susulan tular di laman sosial rakaman video seorang lelaki menampar hingga mangsa terduduk menangis ketakutan sambil memegang basikal.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 13 tahun itu sedang menunggang basikal sendirian di taman berkenaan sekitar jam 2 pagi.

Menurutnya, insiden itu berpunca apabila suspek ingin meminjam basikal milik mangsa.

"Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping bersama anggota Balai Polis Taiping telah menahan suspek sekitar jam 10.45 malam untuk membantu siasatan.

"Suspek direman selama tiga hari sehingga Selasa ini untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved