“Dia Ni Over Pulak” – Netizen Menyampah Tengok Siti Jamumall ‘Memekik’, ‘Koyak’ Dituduh Pakai Duit Palsu

20 May 2022 • 11:28 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular baru-baru ini di media sosial seorang ‘founder’ dikenali sebagai Siti Jamumall didakwa membayar duit ‘review’ kepada influencer menggunakan duit palsu.

Rakaman menunjukkan ‘influencer’ berkenaan menyerangnya dan memaklumkan bahawa duit diterima adalah palsu itu telah mendapat perhatian di aplikasi TikTok.

Bagi membuktikan dia tidak menggunakan duit palsu, usahawan berkenaan telah membayar bil pengunjung sebuah pasar raya dengan wang tunai dibawanya.

image is not available 22 jam lalu

"Duit Tu Betul!" - Dituduh Bagi Duit Palsu, Siti Jamumall Bayar Barang Dapur Orang Lain Pakai 'Cash

Tidak lama selepas itu, malam semalam tular pula rakaman video ketika dia membuat sesi ‘live’ di TikTok.

Menerusi video itu, dia dilihat menjerit ke arah kamera kerana terlalu marah dituduh menggunakan wang palsu.

Duit original. Kau jangan cakap yang aku bagi duit fake dekat kau lah!”

Bagaimanapun, ramai netizen yang melihat kelakuan usahawan itu yang menjerit seperti dirasuk berasa ‘annoyed’ dan membuat tekaan bahawa ia semua hanyalah gimik.

Rata-ratanya seperti dapat agak apa yang berlaku adalah ‘marketing’.

Segelintir dilihat membuka cerita lama tentangnya sebelum ini di mana dia pernah kantoi menggunakan wang palsu ketika sesi ‘live’.

image is not available