“Permainan Dunia!” – Ahli Sihir Diberi Gelaran ‘Doktor’, Netizen Pertikai Filem Dr Strange Multiverse Madness

Movie
10 May 2022 • 3:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setiap kali munculnya filem baru, lagi-lagi kalau filem luar negara, sudah pasti akan timbulnya pelbagai konspirasi yang dilakukan oleh penonton.

Baru-baru ini, sebuah filem kegemaran ramai hasil dari terbitan Marvel Studio iaitu Dr Strange in the Multiverse of Madness juga menjadi salah satu filem yang timbul konspirasi di kalangan netizen.

Melalui laporan Gempak, Konspirasi itu berlaku apabila terdapat seorang warganet yang mempertikaikan mengapa ahli sihir juga boleh digelarkan sebagai doktor.

image is not available

Sumber : Gempak  

Difahamkan juga dari laporan terbabit, kenyataan yang dilakukan oleh netizen terbabit telah viral di platform Twitter hingga mencetuskan persoalan daripada kalangan warganet.

Pertikaian yang dicetuskan oleh netizen itu diperbetulkan oleh individu semula yang meminta agar beliau menonton filem pertama berkenaan untuk memahami asal usul Dr Strange itu menjadi ahli sihir.

Sekadar info, Doctor Strange in the Multiverse of Madness kini sedang ditayangkan di pawagam dan hangat dipertontonkan oleh orang ramai.

image is not available 22 jam lalu

"Tu Peha Ke Ekzos" - Tayang Gambar Joging Di London, Paha 'Sado' Zul Ariffin Pula Yang Netizen Tengok

 

View Original Article