Tempoh daftar pakej internet prabayar remaja, pelajar dilanjut

23 May 2022 • 3:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Tempoh pendaftaran pakej internet prabayar baharu khusus untuk remaja dan pelajar dilanjutkan sehingga 31 Oktober ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata menerusi Pakej Belia Keluarga Malaysia, pelajar termasuk graduan boleh memperoleh akses internet untuk pembelajaran dalam talian tanpa sebarang kekangan data.

“Pelajar boleh memanfaatkan 20 GB data selama tiga bulan dengan hanya RM10/bulan (dibayar untuk tiga bulan/RM30) untuk aktiviti produktiviti harian serta internet asas tanpa had.

“Dengan pakej ini, pelajar boleh melakukan aktiviti seperti menghantar mesej dan melayari internet.

“Data 20 GB boleh digunakan untuk aktiviti seperti memuat turun video atau permainan dalam talian dan membantu pengguna berehat dengan akses kepada hiburan.

“Termasuk dalam pakej ini ialah 1 GB data harian (90 GB selama tiga bulan) percuma untuk aktiviti produktiviti,” katanya ketika ditemu bual di Sabahfm Bagus Bah.

Menurutnya, remaja dan pelajar di bawah umur 21 tahun hanya perlu mendaftar menggunakan MyKad mereka manakala pelajar berumur 21 tahun ke atas perlu mendaftar dengan kad pelajar.

Beliau berharap golongan itu dapat memanfaatkan kemudahan tersebut dan melancarkan pembelajaran serta urusan harian mereka.

Bagaimanapun, pakej tersebut tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh penyelia perkhidmatan mudah alih terbabit iaitu Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article