Dapatkan hadiah bernilai hingga RM467 bila anda dapatkan Galaxy A terpilih daripada jerayawara ini

Digital
24 May 2022 • 2:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung sedang mengadakan roadshow bagi mempromosikan barisan Galaxy A mereka. Sebanyak 5 lokasi jerayawara telah dibuka untuk anda lawati dan melihat sendiri bagaimana rupa sebuah Samsung Galaxy A dengan lebih dekat.

Dua daripada lokasinya adalah di Malaysia Timur iaitu di Spring Mall, Kuching dan satu lagi Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu. Jeraywara di Malaysia Timur akan bermula 25 Mei hingga 29 Mei 2022. Tiga baki lokasi lain adalah di selatan Semenanjung Malaysia dan akan berlangsung bermula 26 Mei hingga 29 Mei 2022. Mereka adalah:

  • Giant Plentong, Johor Bharu
  • Mahkota Parade, Melaka
  • Plaza Hang Tuah, Melaka

Ada 5 model Samsung Galaxy A menyertai promosi ini. Yang paling berspesifikasi tinggi adalah Galaxy A73 5G. Dengan setiap pembelian, anda akan terima:

  1. Camera Filter Mount (RM169)
  2. Bluetooth Tripod Selfie Stick (RM139)
  3. 15W Travel Adapter (RM69)
  4. Kredit TNG eWallet (RM100)

image is not available

Telefon paling murah dalam penawaran adalah Samsung Galaxy A13. Dengan setiap pembelian, anda akan terima:

  1. Card Slow Cover (RM59)
  2. Earfon 3.5mm (RM59)
  3. Kredit TNG eWallet (RM50)