ASUS Vivobook Slate 13 OLED Artist Edition Memperlihatkan Kolaborasi Rekaan Bersama Dua Artis Komik Popular

TechnologyDigital
10 May 2022 • 1:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tablet ASUS Vivobook Slate 13 OLED merupakan sebuah tablet Windows yang juga boleh digunakan sebagai sebuah komputer riba melalui aksesori papan kekunci yang boleh dicabut dan dipasang apabila diperlukan.

image is not available

Sewaktu acara Pinnacle of Performance yang baru berlangsung, ASUS telah memperlihatkan dua model ASUS Vivobook Slate 13 OLED Artist Edition yang hadir dengan rekaan kolaborasi bersama dua artis komik popular, iaitu Philip Colbert dan juga Steven Harrington.

image is not available

Spesifikasi untuk komputer riba ini nampaknya tidak berubah, dimana ia dikuasakan oleh CPU Intel Pentium Silver N6000 dengan konfigurasi memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD PCIe bersaiz 256GB.

image is not available

Keunikan dua model komputer riba edisi khas ini hadir melalui rekaan yang diperlihatkan oleh kedua-dua artist ini pada bahagian tablet dan beg menyimpan tablet yang memperlihatkan kreativiti mereka. Ini termasuklah aksesori cover stand, smart cover, pemegang stylus, pelekat untuk papan kekunci dan sebagainya.

image is not available

Malah, kotak yang merumahkan komputer riba ini juga memperlihatkan keunikan kedua-dua artis komik ini dalam menjadikan proses nyahkotak komputer riba ini sesuatu yang sangat unik.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah tablet ASUS Vivobook Slate 13 OLED Artist Edition ini akan tiba di pasaran tempatan.