Manchester United, Rangnick berpisah

Football
30 May 2022 • 7:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KELAB gergasi Inggeris, Manchester United mengesahkan Ralf Rangnick bakal meninggalkan The Red Devils apabila tidak meneruskan peranan sebagai perunding kelab seperti dirancang sebelum ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ralf Rangnick atas usahanya sebagai pengurus sementara sejak enam bulan lalu.

“Dengan persetujuan bersama, Ralf kini akan memberi tumpuan kepada peranan baharunya sebagai pengurus pasukan kebangsaan Austria dan tidak akan mengambil peranan sebagai perunding di Old Trafford.

"Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Ralf dalam perjalanan karier seterusnya," kata kenyataan Manchester United pada Ahad.

Rangnick dilantik pengendali sementara Manchester United pada Disember lalu sehingga akhir musim sebelum dilantik perunding kelab pada penghujung musim.

Beliau bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal skuad utama di Old Trafford selama enam bulan, namun gagal meletakkan kelab dalam kedudukan terbaik apabila sekadar mengakhiri saingan pada kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris.

View Original Article