Jepun Bersedia Terima Semula Pelancong Malaysia Mulai Jun!

10 May 2022 • 1:12 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Malaysia sudah pun berada dalam transisi masuk ke fasa endemik, ramai yang berharap untuk melancong ke destinasi antarabangsa yang mereka rindui. Biarpun banyak negara luar yang telah mengikut jejak langkah Malaysia dengan membuka sempadan antarabangsa, terdapat beberapa negara yang masih kekal dengan SOP pelancongan yang ketat

Berita baiknya, negara matahari terbit Jepun bakal menerima semula pelancong antrabangsa bermula dari bulan Jun 2022. Hasil sumber berita dari kerajaan Jepun yang dilaporkan Kyodo News.

image is not available

Menurut sumber, negara tersebut bakal menerima semula pelancong antarabangsa dalam usaha untuk memulihkan semula industri pelancongan mereka.

Laporan juga menyatakan kerajaan Jepun bakal menerima jumlah pelancong yang terhad dahulu sebagai percubaan pada penghujung Mei nanti untuk melihat bagaimana impaknya terhadap situasi Covid-19 di sana.

Kerajaan Jepun juga menyatakan hasrat untuk setiap pelancong antarabangsa yang ingin terbang ke Jepun perlu lengkap terima dos penggalak.

Setakat ini, Jepun hanya menerima 10,000 orang pelancong dalam kategori perniagaan dan pelajar.