Semak arah tepat kiblat petang esok

27 May 2022 • 3:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Umat Islam di Selangor berpeluang membuat semakan tepat arah kiblat menerusi bayang objek tegak sempena fenomena Istiwa A'dzam pada Sabtu.

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, fenomena itu berlaku pada jam 5.18 petang, manakala tempoh semakan bayang bermula jam 5.10 hingga 5.35 petang.

"Istiwa A'dzam merupakan sesuatu peristiwa kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Anhar berkata, fenomena itu berlaku setiap dua kali setahun dan seluruh masjid disaran mengambil peluang peristiwa itu untuk membuat semakan ketetapan arah kiblat.

image is not available

"Semakan itu juga boleh dibuat dengan sebarang objek lurus di kediaman masing-masing dan kawasan sekitar," ujar beliau.

Orang ramai boleh merujuk waktu Sirim melalui pautan mst.sirim.my atau mendail 1051 untuk semakan jam.

Objek tegak dan lurus perlu dihalakan ke arah cahaya matahari dan bayang yang terhasil daripada objek tersebut kemudian akan menunjukkan arah kiblat.