Peranti atau simpanan?

Personal Finance
27 May 2022 • 10:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Peranti atau simpanan?

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Zaman moden kini telah menunjukkan satu fenomena yang paling besar iaitu perubahan teknologi telekomunikasi 5G. Perkara yang mungkin tidak masuk akal terjadi boleh direalisasikan melalui perkembangan teknologi. Kini pasaran penjualan gajet atau peranti telah dikuasai oleh banyak syarikat besar berbanding dahulu hanya satu atau dua syarikat sahaja. Malaysia merupakan sebuah negara yang paling banyak menggunakan media sosial dalam Asia Tenggara. Menjadikan satu bukti bahawa rakyat Malaysia secara keseluruhannya celik dengan teknologi dan paling ramai menggunakan peranti seperti telefon bimbit.

Di Malaysia, telefon bimbit telah menjadi satu keperluan harian. Hal ini kerana kebanyakan urusan kini secara terus melalui internet. Dengan itu saya kongsikan beberapa tips untuk memilih sama ada peranti atau simpanan menjadi pilihan kita. Perancangan yang rapi harus kita lakukan supaya tidak silap langkah.

Semak keperluan kita

Jika kita dalam alam pekerjaan selalunya peranti yang diperlukan akan disediakan boleh majikan mereka. Ia boleh menjimatkan wang kita dan boleh buat untuk simpanan kecemasan atau sebagainya. Jika kita hendak membeli untuk tambahan peranti lain boleh juga digunakan bagi tujuan pendapatan tambahan atau keperluan anak sekolah. Peranti yang menjadi kegemaran kita adalah dari jenama Apple dan Samsung. Akan tetapi kalau kita rasa itu menjadi keperluan kita boleh membeli untuk rutin harian kita.

Semak simpanan kecemasan

Sebelum kita berbelanja kita harus membuat pengiraan keperluan kewangan bulanan kita terlebih dahulu. Jika ada lebih baru kita boleh berbelanja secara lebihan yang ada. Untuk membeli peranti adalah satu keperluan buat masa kini kerana sekecil perniagaan pun sekarang boleh menjana jualan dalam talian sahaja. Bergantung kepada matlamat kita untuk membeli peranti tersebut dan jangan terpengaruh dengan rakan untuk membuat belian.

Dengan itu, kita sendiri boleh menilai keadaan semasa kita sama ada membeli peranti atau menyimpan duit tersebut untuk tujuan simpanan kecemasan. Akhir kata, jika membeli peranti yang canggih dan dapat menjana pendapatan, pendapatan itu dapat kita simpan untuk simpanan kecemasan kita.

Selamat membuat pilihan!


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.