Ibu Muda Tertidur Dalam Kelas Selepas Kepenatan Menjaga Anak Di Waktu Malam

Family & Parenting
27 May 2022 • 4:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu semuanya di tangan Allah SWT. Ada yang memilih untuk berkahwin lambat kerana mahu fokus terhadap kerjaya dan ada juga yang ditakdirkan untuk berkahwin di usia yang muda atas faktor pilihan keluarga.

Begitulah perasaan dan pengalaman yang dialami seorang gadis yang sudah menimang cahaya mata ketika di bangku sekolah lagi.

Tertidur dalam kelas kerana penat menjaga anak usia 3 bulan

Tular satu video di TikTok dimuatnaik pengguna @leaarissaa yang menunjukkan keadaannya tertidur di dalam kelas, dapat dilihat gadis itu kelihatan begitu penat dan seperti tidak bermaya.

Menerusi video yang dikongsikan itu, gadis itu menyatakan bahawa dia tertidur di dalam kelas adalah kerana tidur malamnya terganggu selepas perlu berjaga malam bagi menjaga anaknya yang menjangkau usia tiga bulan.

Anak itu akan menjadi kawan

Perkongsian video itu mendapat pelbagai respon dari warganet. Rata-rata mereka memuji tindakan gadis itu yang tetap hadir ke sekolah meskipun penat menjaga anaknya di malam hari.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Apa-apa pun, kesungguhana adik ini untuk terus bersemangat meneruskan pelajarannya wajar dipuji.

Kredit: TikTok leaarissaa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article