11 May 2022 • 11:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak kebelakangan ini, kita sering diperdengarkan dengan kes-kes duit yang tiba-tiba hilang dalam akaun bank sekaligus mencetuskan panik buat sesiapa yang mengalaminya.

Namun begitu, perkongsian daripada seorang pengguna Twitter @anissurayaaa baru-baru ini mungkin dapat membantu anda dan juga menambah sedikit pengetahuan tentang cara untuk anda dapatkan semula duit yang ‘lesap’ itu

Menurut Anis, apa yang penting adalah jangan panik dan ikuti langkah-langkah yang disediakan.

1. Call nombor di belakang kad bank

2.Tangkap layar (Screenshot) semua transaksi dan ‘highlight’ yang urusniaga mana tidak diketahui untuk siasatan selanjutnya.

3. Muat Turun ‘Dispute Form’ di carian Google

image is not available

Sumber : Google  

Langkah ini adalah penting kerana pusat khidmat pelanggan tidak akan menyebut mengenai hal ini.

4. E-mel ‘Dispute Form’ yang diisi kepada pihak berkaitan.

Hantar borang yang diisi itu bersama-sama dengan tangkap layar urusniaga perniagaan kepada bank dan cc kepada Bank Negara Malaysia (bnmtelelink@bnm.gov.my)

5. Pergi bank untuk buat kad baru.

6. Tunggu duit masuk.

Setelah melakukan segala langkah-langkah di atas, tunggu e-mel maklum balas dan tunggu duit yang hilang tersebut masuk ke akaun bank.

Selamat mencuba!

image is not available 22 jam lalu

Tular Jual Telefon ‘Secondhand’ Dekat Pelanggan, Syarikat Terkenal Barangan Elektronik Pertahan Reputasi

The post first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.