Mayat Lelaki Lemas Di Empangan Semenyih Ditemui

4 May 2022 • 1:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mayat mangsa dijumpai pada pagi tadi. - Gambar ihsan Bomba

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas di Empangan Semenyih, Kajang Isnin lalu ditemui pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 8.55 pagi tadi.

“Pihak kami bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu mengangkat mayat lelaki yang dipercayai berusia 20-an itu naik ke tebing,” katanya hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dijumpai terapung berhampiran tebing empangan kira-kira 150 meter dari tempat mangsa mandi-manda Isnin lalu.

“Mayat mangsa berjaya dibawa naik pada jam 10.25 pagi sebelum kematiannya disahkan oleh pasukan perubatan.

“Mangsa dikenali sebagai Bahar Ali, berusia 23 tahun dan berasal dari Pakistan.

“Mayatnya telah dirujuk ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya. - Getaran, 4 Mei 2022.