Kini Terdapat Lebih 10,000 Aplikasi Untuk Android TV

TechnologyDigital
13 May 2022 • 1:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sistem operasi televisyen pintar Google iaitu Android TV mempunyai lebih 110 juta pengguna aktif. Sejak tahun 2020 lagi, Google mula memberi fokus kepada Android TV dengan memperkenalkan versi baharu Google TV.

Pada acara Google I/O 2022 tempoh hari, Google menyatakan yang aplikasi dalam gedung aplikasi Play untuk Android TV kini mempunyai lebih daripada 10,000. 3000 peningkatan berbanding tahun 2020 yang hanya mempunyai sekitar 7000 aplikasi.

image is not available

Jumlah aplikasi ini adalah untuk peringkat global, tidak termasuk dengan aplikasi yang terhad nengikut negara.

Walaupun masih banyak TV menggunakan Android TV dan belum lagi Google TV, jelas sekali minat pengguna terhadap platform ini semakin bertambah. Menurut Google 7 daripada 10 jenama TV besar menggunakan Android TV dan terdapat 300 rakan bekerjasama dengan Google untuk Android TV.

image is not available

Android TV 13 juga sedang dibangunkan lagi memberi pelbagai perubahan baharu dari menyiarkan kandungan lebih baik, menyokong mod gambar-dalam-gambar, antaramuka 4K dan banyak lagi.

Sebentar tadi telah juga kami melaporkan mengenai aplikasi Google TV kelak boleh menyiarkan apa jua kandungan daripada aplikasi terus ke TV dengan mudah.