Konvensyen BN bakal saksi kesepakatan, solidariti parti

Politics
31 May 2022 • 10:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Konvensyen Barisan Nasional (BN) bakal menjadi saksi solidariti dan kesepakatan sebuah gabungan parti yang terbukti memperjuang kesejahteraan Keluarga Malaysia serta iltizamnya membangunkan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Konvensyen sehari bersempena ulang tahun ke-48 BN akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia di sini esok.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada BN dan merakamkan penghargaan terhadap sokongan akar umbi serta pucuk pimpinan gabungan parti itu.

"Semoga BN terus kukuh dan menjadi wadah perjuangan rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya melalui poster yang dikongsikan pada hantaran itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved