(VIDEO) “Rasa Macam Isteri Simpanan” – Tinggal Serumah Tapi Suami Balik Hanya Main ‘Phone’ & Tidur

20 May 2022 • 5:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi TikTok, satu perkongsian video oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa sedih dengan layanan yang diberikan oleh suaminya setiap kali pulang ke rumah.

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Aisa Prihatini itu menceritakan apabila walaupun tinggal sebumbung selepas berkahwin, suaminya sering bermain telefon dan tidur sepanjang waktu berada di rumah.

Lama kelamaan, wanita itu merasakan dirinya seperti tidak dihargai dengan layanan yang diberikan suaminya itu yang jarang bergurau senda bersama dan merasakan dirinya seperti hanya ‘isteri simpanan’.

image is not available

Isteri sah rasa macam isteri simpanan, tinggal seatap dengan suami, tapi suami balik hanya tidur, main phone, dan pergi lagi.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih 722.7K tontonan, 17.9K tanda suka, 1.0K komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan malah ada yang mengakui turut mengalami masalah rumah tangga yang hampir sama dengan wanita itu.

Sama, saya ingatkan saya je. – Netizen.

“Sama macam keadaan saya di saat saya hamilkan anak kedua,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

“Jauhi Lelaki Suka Melepak”- Dr Say Pesan Wanita Agar Pilih Suami Yang Baik, Tak Lebihkan Kawan Dari Isteri