“Jika Allah Izinkan, Kau Ambillah Pahala Puasa Aku Hari Ini Yun” – Sahabat Salah Seorang Mangsa Nahas

13 May 2022 • 11:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Semalam kita dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya yang meragut nyawa lima orang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Mangsa yang terlibat dan rentung dalam kemalangan itu dikenali Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Sedekah pahala puasa

Dapat dilihat, terdapat banyak kisah sayu dan kenangan dikongsikan ahli keluarga serta sahabat andai kelima-lima mangsa yang baru sahaja pulang ke kampus selepas menyambut perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Tular satu video dimuat naik sahabat kepada salah seorang mangsa, Allahyarham Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar iaitu Amir Syafiq di TikTok yang berkongsi perbualan mereka di aplikasi Whatsapp beberapa hari sebelum kejadian yang meragut nyawa sahabat baiknya itu.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat keakraban di antara Amir dan Arwah Nasrun. Amir juga menyatakan bahawa dia masih lagi terkejut dengan berita pemergian sahabatnya itu dan berniat untuk menghadiahkan pahala puasa sunatnya kepada arwah sekiranya di izinkan Allah SWT.

image is not available

Sahabat dunia akhirat

Perkongsian yang dibuat Amir Syafiq di TikTok itu mendapat perhatian warganet. Rata-rata netizen memuji persahabatan di antara Amir Syafiq dan Arwah Nasrun serta menitipkan doa semoga rohnya dicucuri rahmat.

image is not available

image is not available

image is not available

Semoga kesemua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat. Aamiin

Kredit: TikTok mirpik00

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media