Menjerit Minta Salam, Chacha Maembong Digigit Anak Emma Di Pagi Raya

Entertainment
5 May 2022 • 11:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Masih belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca Oh Media. Seperti kebiasaan, setiap kali pagi raya pasti kita semua akan menangis dan sebak ketika bermaaf-maafan sesama keluarga atas kesilapan lalu yang pernah dilakukan.

Namun lain pula bagi Chacha Maembong yang digigit anak kepada Emma, Shariq Gabiel sewaktu momen salam pagi raya.

Menerusi satu video yang tular di TikTok, Chacha secara tiba-tiba menjerit selepas digigit anak Emma, Shariq ketika duduk bersimpuh menghadap kakaknya itu ketia ingin bersalam dan bermaafan di pagi raya.

Emma Maembong yang pada awalnya tidak menyedari perkara itu, terus menenangkan keadaan selepas menyedari anaknya itu sedang meng’kokak’ adiknya.

Apa yang menjadi perhatian netizen ialah, Shariq dilihat seperti mahu menggigit ibu saudaranya itu buat kali yang kedua selepas ditarik Emma.

Siapa suruh marah mama dia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geli hati melihat telatah keluarga berkenaan. Ada yang menyangka Chacha digigit selepas dia menjerit ke arah Emma untuk bersalaman di pagi raya.

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok jimbo_555

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved