Photo by Timothy Dykes on Unsplash
Masalah bibir gelap boleh berlaku kepada sesiapa sahaja khususnya perokok. Kandungan nikotin dan benzpyrena di dalam rokok dikatakan boleh menggalakkan penghasilan melanin di dalam kulit seterusnya akan menyebabkan bibir menjadi gelap (Sumber).
Selain berpunca daripada tabiat merokok, masalah bibir gelap juga boleh terjadi disebabkan oleh tekanan perasaan, kehamilan, kesan ubat-ubatan atau akibat kondisi kesihatan seseorang.
Sekiranya anda mengalami masalah yang berkaitan, boleh cuba cara-cara untuk mencerahkan bibir gelap secara semulajadi seperti yang saya kongsikan di bawah. Semoga bermanfaat!
1. Guna lemon

Sifat berasid lemon boleh bertindak sebagai agen pengelupasan kulit semulajadi untuk membuang sel-sel kulit mati serta mampu membantu mengembalikan warna bibir kepada yang asal (Sumber).
Cara penggunaan juga tidak rumit, anda hanya perlukan setengah biji perahan lemon, taburkan sedikit gula dan kemudian sapu terus pada bibir. Amalkan setiap hari selama beberapa minggu dan bibir anda akan kembali kelihatan segar.
2. Pes kunyit
Berdasarkan kajian kesihatan, sebatian aktif yakni curcumin yang terkandung di dalam kunyit dikatakan mampu untuk mengurangkan proses sintesis melanin (Sumber).
Jika tiada kunyit hidup boleh gunakan 1 sudu besar serbuk kunyit sahaja. Campurkan serbuk kunyit dengan sedikit air suam sehingga menjadi pes. Gosokkan pes kunyit pada bibir anda dan biarkan sekitar lima minit sebelum bilas perlahan-lahan dengan air sejuk.

3. Sapu minyak badam (Almond oil)
Minyak badam atau almond oil mempunyai kandungan vitamin A, vitamin E, protein, kalium, dan zink yang dipercayai bagus untuk kesihatan bibir.
Anda boleh amalkan sapuan minyak badam dua kali sehari pada waktu pagi selepas bangun tidur dan pada waktu malam sebelum masuk tidur.
(Sumber)
4. Buat skrub madu

Penggunaan skrub madu sangat berkesan untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati. Apa yang lebih menarik, anda boleh menghasilkan sendiri skrub madu di rumah dengan cepat dan mudah.
Cara-caranya seperti berikut:
- Campurkan 1 sudu teh madu bersama 1 sudu teh gula.
- Kacau sebati sehingga membentuk tesktur yang seakan-akan skrub halus.
- Sapu pada bibir dan gosok perlahan-lahan.
- Akhir sekali, bilas bibir dengan menggunakan air suam dan amalkan sekali seminggu.
5. Pes buah delima
Sama seperti kunyit, buah delima juga dipercayai mempunyai fungsi untuk merencatkan aktiviti tyrosinase (Sumber). Caranya juga agak mudah, cukup sekadar mencampurkan 1 sudu besar biji delima, 1 sudu teh air mawar dan 1 sudu besar susu krim segar untuk dijadikan pes.
Amalkan sapuan pes ini pada bibir dan biarkan selama lebih kurang tiga minit dan kemudian bilas dengan air sejuk.
Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.