Pintu sempadan Padang Besar dibuka esok

4 May 2022 • 8:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KANGAR - Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka pada Khamis bermula jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Pengarah Imigresen Perlis, Khairul Amin Taib berkata, pengembara dari Thailand yang memasuki negara melalui pintu sempadan itu juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Semua pengembara sudah boleh masuk dan keluar melalui pintu sempadan Padang Besar bermula esok mengikut SOP yang sudah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Bernama malam Rabu.

Beliau berkata, antara syarat yang ditetapkan oleh KKM, pengembara perlu lengkap status vaksinasi dan menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap.

Bulan lepas, pintu sempadan Wang Kelian di Perlis dibuka kepada kedua-dua rakyat Malaysia dan Thailand sempena pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April. - Bernama