Trafik menghala ke ibu kota masih sesak

5 May 2022 • 11:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR- Aliran trafik menghala ke ibu kota di lebuh raya utama masih mengalami kesesakan berikutan warga kota mula pulang selepas cuti Aidilfitri di kampung masing-masing.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata setakat 10 malam tadi, trafik di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Kuala Lumpur sesak di Bukit Tambun ke Jawi, Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Simpang Pulai ke Gopeng dan dari kawasan mendaki di Gua Tempurung hingga ke Sungkai.

"Trafik turut sesak di Pedas Linggi menuju Port Dickson, Pagoh ke Jasin, Melaka dan Simpang Ampat ke Port Dickson," katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata bagi laluan dari timur, trafik sesak selepas Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved