Anggota bomba selamatkan wanita cuba terjun dari jambatan diberi penghargaan khas

22 May 2022 • 8:13 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KEPALA BATAS: Tindakan pantas seorang anggota bomba menyelamatkan wanita cuba terjun dari jambatan Pulau Pinang yang rakaman videonya tular di media sosial semalam, mendapat penghargaan khas sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 hari ini.

Anggota tersebut, Muhammad Syahir Jamaludin(gambar), 31, berkata beliau bersyukur dengan penghargaan yang diberi, selain turut teruja kerana dapat menaikkan nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya semasa kejadian, beliau dalam perjalanan balik ke rumah dari Seberang Perai ke bahagian pulau pada pukul 3 petang.

“Hati saya tergerak untuk berhenti di tepi jalan apabila melihat kekecohan di atas jambatan dan mendapati seorang wanita hendak terjun dengan beberapa orang awam berusaha memujuknya.

“Saya mempraktikkan segala latihan yang telah diberikan oleh JBPM untuk menyelamatkan wanita tersebut,“ katanya kepada pemberita selepas menerima Sijil Penghargaan Khas daripada Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M Noor Azman Taib di sini, hari ini.

Muhammad Syahir yang berasal dari Kedah, sudah 12 tahun menjadi anggota bomba dan kini bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, di George Town.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved