Tiga pekerja binaan melecur kotak suis terbakar

20 May 2022 • 3:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Tiga pekerja tapak binaan cedera selepas salah satu kotak suis pendawaian di premis tersebut terbakar dalam kejadian di Jalan Damanlela, Bukit Damansara di sini pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Jumaat berkata, dua buah jentera dan 11 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.26 pagi.

"Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan tiga orang mangsa lelaki dewasa dengan mengalami 80 peratus, 30 peratus dan sembilan peratus tahap kemelecuran di bahagian badan.

"Api telah padam setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian.

"Mengikut laporan dari pemanggil kebakaran melibatkan sebuah kotak suis yang berada di kawasan tapak pembinaan," menurut kenyataan tersebut.

Katanya, punca kebakaran masih di dalam siasatan pihak bomba dan mangsa yang cedera diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved