Garmin vivosmart 5 Kini Di Malaysia – Boleh Dibeli Pada RM730

TechnologyDigital
17 May 2022 • 4:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Seutas lagi peranti boleh-pakai baharu daripada Garmin ditawarkan buat pengguna di Malaysia. Model yang dimaksudkan adalah Garmin Vivosmart 5 dan ia boleh dibeli dengan tanda harga RM730 untuk seutas. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi Lazada, Shopee, AECO e-store dan pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia bermula hari ini.

image is not available

Garmin Vivosmart 5 adalah seutas penjejak kesihatan yang dilengkapi dengan skrin OLED. Saiznya dikatakan 66% lebih besar berbanding model terdahulu. Kemudian, keseluruhan tubuhnya diperbuat daripada bahan berasaskan silikon lembut. Bersama-sama dengannya, ia juga hadir dengan ciri dan fungsi standard seperti menjejak nadi, tahap oksigen dalam darah, tidur, tapak dan tahap stres pada pengguna. Amaran apabila mengesan degupan jantung terlalu tinggi atau rendah turut disertakan.

image is not available

Seterusnya, Pelbagai aktiviti sukan seperti berlari, yoga, berenang dan berbasikal juga boleh dilakukan. Dalam masa sama, ciri menghantar mesej bersama dengan GPS turut disokong dalam situasi kecemasan. Bateri yang digunakan pula menawarkan masa penggunaan sehingga tujuh hari.