Suasana Meriah Di Dash Resort Langkawi

Travel
8 May 2022 • 9:29 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Pulau Langkawi, Kedah memang terkenal sebagai antara pulau peranginan pilihan rakyat Malaysia dan pelancong asing. 

Masyhur dengan pantai yang bersih nan indah dan status pulau bebas cukai, Langkawi merupakan sebuah kepulauan yang terdiri daripada 99 pulau (ditambah lima pulau kecil yang hanya boleh dilihat di kala air surut di Selat Melaka).

image is not available

Semestinya terdapat banyak tempat penginapan yang menarik di pulau ini, namun kalau tercari-cari tempat untuk menginap di Langkawi, pastikan Dash Resort Langkawi menjadi pilihan utama anda. 

image is not available

Hotel yang terletak di Pantai Tengah ini adalah pilihan tepat untuk percutian yang meriah, menyeronokkan dan santai bersama rakan atau pasangan anda. 

Dengan reka bentuk yang unik dan ranggi, Dash Resort Langkawi menawarkan pemandangan panoramik Laut Andaman dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk memastikan percutian anda suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan. 

image is not available

Konsep ceria namun mewah menjangkau setiap penjuru Dash Resort Langkawi. Dari ruang legar, restoran, gymnasium, butik hinggalah bilik-bilik yang ditawarkan, kegirangan terpancar dengan penuh gaya. 

image is not available

Bilik-bilik di hotel ini mempunyai rekaan yang sangat menarik dan kontemporari. Pasti bakal mencuri perhatian yang bermalam di sini.

Paling istimewa, Dash Resort Langkawi sangat popular dalam kalangan pengunjung-pengunjung muda dan pempengaruh kerana mempunyai Beach Club yang memutarkan lagu-lagu rancak hingga lewat malam lantas membangkitkan suasana pesta yang berpanjangan.

image is not available

Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apa kata anda singgah di Mya Beach Club & Kitchen yang menghidangkan pelbagai menu tempatan serta antarabangsa yang menarik. 

Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium atau mengunjungi spa The Rabbit Hole untuk memanjakan diri.

image is not available

Dash Resort Langkawi dengan kerjasama Avante Yacht Charters menyediakan pelbagai pakej sewa kapal layar. 

image is not available
Gambar: Mursh Matsom

Antaranya ialah Sunset Cruise di mana para pengunjung boleh menikmati keindahan matahari terbenam. Pakej pelayaran 4 jam ini termasuk minuman tanpa had, makan malam, jakuzi laut dan hiburan muzik akustik secara langsung. 

image is not available
Gambar: Mursh Matsom

Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat ikan lumba-lumba kala belayar! Layanan mesra kru kapal layar Avante juga pastinya menambah pengalaman manis percutian anda.

image is not available
Gambar: Mursh Matsom

Pendek kata hotel ini memang sesuai buat penginapan di tepi pantai. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik iaitu tidak sampai 20 minit dari Lapangan Terbang Langkawi. 

image is not available

Keceriaan reka bentuk, pantai yang mendamaikan, suasana meriah, ditambah pula dengan layanan mesra kakitangan hotel, saling melengkapi saat-saat indah sebuah percutian setiap yang berkunjung ke sini! - Getaran, 8 Mei 2022

image is not available

Gambar: Dash Resort Langkawi