Suami isteri mandi pantai jam 4 pagi dikhuatiri lemas

20 May 2022 • 5:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KEMAMAN - Sepasang suami isteri dari Temerloh, Pahang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Penunjuk Kijal di sini, kira-kira jam 4 pagi pada Jumaat.

Mangsa, Ahmad Qarib Ab Kadir, 60, dan isterinya, Rokiah Abd Rahman, 59, dari Temerloh, Pahang, disedari hilang dari lokasi penginapan oleh empat anak kira-kira jam 5 pagi.

Pasangan suami isteri itu meninggalkan empat anak yang berusia antara 16 hingga 24 tahun di lokasi penginapan sebelum turun ke pantai yang terletak 40 meter dari lokasi penginapan mereka.

Anak mangsa, Muhammad Usaamah,19, berkata, ibu dan bapanya memberitahu ingin mandi di pantai kira-kira jam 4 pagi.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan ibu dan bapa mereka mandi sebelum subuh.

"Sebaik saya dan adik-beradik lain bangun kira-kira jam 5 pagi, kami dapati mereka belum pulang dan segera mencari di pantai.

"Mereka berdua tiada, kami hanya menemukan selipar mereka berdua dan tikar yang dibawa, " katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kijal, Mohamad Adri Mat Harun berkata, operasi mencari dan menyelamat digerakkan dengan kekuatan lebih 60 anggota bomba, polis serta beberapa jabatan lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved