Anda Kini Boleh Memohon Maklumat Peribadi Dipadam Dari Carian Google

TechnologyDigital
12 May 2022 • 6:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Salah satu kekurangan hidup di zaman pasca Internet ialah maklumat peribadi mungkin pernah dikongsi di atas talian. Ia kemudiannya disimpan oleh Google dan boleh dicari dengan mudah. Tetapi kita kini menyedari sesetengah maklumat peribadi tidak sepatutnya dipaparkan dengan mudah dengan carian Google. Sekiranya anda tidak ingin maklumat peribadi dipaparkan oleh Google, anda kini boleh memohon untuk ia dipadam.

image is not available

Pengguna boleh memohon supaya maklumat sensitif seperti alamat rumah, emel peribadi dan nombor telefon yang muncul dalam Search dipadam. Ini dilakukan menerusi aplikasi Google App dalam masa beberapa bulan lagi. Sebelum ini Google Images memperkenalkan ciri gambar pengguna bawah umur 18 tahun dipadam bagi menjaga privasi.

Dengan ciri ini masalah doxxing yang kerap berlaku dapat dielakkan. Sungguhpun begitu Google hanya akan menghalang maklumat peribadi ini dari dipaparkan dalam keputusan carian sahaja.