Sharifah Sakinah Dikecam Netizen Gara-Gara Label Tandas Sejuk Seperti Syurga

Entertainment
10 May 2022 • 11:24 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ramai yang mengetahui, tandas merupakan tempat yang kotor di mana ia merupakan tempat kesukaan syaitan dan juga jin. Sehinggakan, kebanyakan orang Melayu di zaman dulu akan meletakkan tandas mereka di luar rumah.

Baru-baru ini, pelakon terkenal, Sharifah Sakinah ada memuat naik sebuah video di Instagramnya yang menunjukkan hiasan mewah dan cantik sebuah tandas yang bertemakan keemasan.

Namun, apa yang menjadi perhatian warganet ialah, kapsyen yang ditulis pelakon berkenaan mendatangkan kontroversi apabila dia berseloroh dengan menyamakan kesejukan tandas tersebut seperti berada di dalam syurga.

Wag orang kata kat Tandas banyak setans. Sejuk macam syurga tandas awak siap ada kipas LV GUCCI.

Netizen merasakan gurauan agak melampau

Walaupun kapsyen yang ditulis pelakon berkenaan di anggap sebagai gurauan semata-mata, namun rata-rata netizen menganggap ianya sebagai satu gurauan yang melampau kerana menyamakan tempat yang kotor seperti tanda itu dengan syurga.

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Instagram sharifah_sakinah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media