Lewandowski sah tak sambung kontrak dengan Bayern

Football
15 May 2022 • 1:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENYERANG tonggak Bayern Munich, Robert Lewandowski mengesahkan dia tidak akan menandatangani kontrak baharu bersama gergasi Bundesliga itu musim depan.

Menurut Lewandowski, keputusannya itu dibuat setelah memikirkan semasak-masakanya mengenai masa depannya kelak.

“Saya telah mengesahkan perkara ini ketika bercakap dengan Hasan Salihamidzic (pengarah bola sepak Bayern Munich) dan saya menegaskan kepadanya bahawa keputusan mengenai perkara itu telah pun dibuat.

“Jika ada tawaran baharu, saya tetap akan merujuk kepada pihak kelab bagi mendapatkan pandangan sebelum membuat sebarang keputusan kerana sudah pasti pihak kelab juga memikirkan mengenai masa depan mereka sendiri.

“Apa pun, kini saya perlu memikirkan mengenai masa depan saya dan berharap dapat mencari penyelesaian terbaik bagi kedua belah pihak. Hanya itu yang dapat saya katakan kali ini,” katanya.

Lewandowski yang mula beraksi dengan Bayern Munich sejak 2014 lalu, diberitakan mahu ‘beralih angin’ dengan menyertai pasukan baharu setelah tidak menyambung kontrak dengan gergasi Bundesliga itu.

Pemain kebangsaan Poland itu bagaimanapun masih memiliki kontrak dengan Bayern shingga 2023.

Sementara itu Salihamidzic mengesahkan Lewandowski ada menemuinya baru-baru ini dan memperjelaskan mengenai niatnya untuk meninggalkan kelab berkenaan.

Bagaimanapun, Salihamidzic tidak dapat memberikan butiran lanjut kemana hala tuju Lewandowski yang sebenar setelah meninggalkan Allianz Arena.

“Saya telah bercakap dengan Lewandowski setelah dia menolak untuk melanjutkan kontraknya yang masih berbaki sehingga 30 Jun 2023 nanti.

“Saya juga tidak memiliki info ke mana hala tuju Lewandowski selepas ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved