Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki maut ditembak ketika dia ingin masuk ke dalam kereta. Apa kes ni?
Menurut laporan Utusan TV, kejadian berlaku pada 12.30 tengah hari semalam di hadapan sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani.
@utusantvofficial Kejadian di Sungai Petani | 25 MEI 2022 | 12.30 tgh hari. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – UtusanTV
Lelaki yang berusia 36 tahun itu telah ditembak dari jarak kurang daripada satu meter dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad.
Pada awalnya, mangsa pergi ke restoran disitu untuk membeli makanan dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) bersama rakan, isteri dan anak angkatnya.
Ketika hendak masuk semula ke dalam kenderaannya, dua motosikal yang dinaiki empat suspek yang memakai jaket dan topi keledar muka penuh, telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki itu.
Terdapat 8 kelongsong peluru yang dijumpai di tempat kejadian dan polis akan mencari saksi serta meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) untuk membantu siasatan.
Kredit: Utusan TV
The post Tular Video Lelaki Nak Masuk Kereta Ditembak Dengan Jarak Kurang 1 Meter appeared first on Oh! Media.

![[VIDEO] Nikahi lelaki ‘tua’ 18 tahun, kalau dah jodoh tak ke mana](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
