Aliran trafik ke Lembah Klang dari utara, timur masih sesak

6 May 2022 • 1:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Aliran trafik menghala ke Lembah Klang dari utara dan timur masih sesak setakat tengah hari ini berikutan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti Hari Raya.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan dari arah utara menuju ke Lembah Klang berlaku di Bertam menuju ke Plaza Tol Sungai Dua, dari Permatang Pauh ke Seberang Jaya dan Juru ke Plaza Tol Juru.

"Selain itu kesesakan juga dilaporkan berlaku di Bukit Tambun menuju ke Bandar Cassia, Alor Pongsu ke Bukit Merah, Changkat Jering ke Bukit Berapit, Kuala Kangsar ke Kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak sehingga ke Terowong Menora, Ipoh ke Gopeng dan Bidor ke Slim River,” katanya kepada Bernama.

Menurut jurucakap itu, aliran trafik dari pantai timur pula, kesesakan berlaku di Bentong menuju ke Plaza Tol Bentong dan selepas Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi.

Bagaimanapun, katanya aliran trafik bagi arah selatan ke Lembah Klang dalam keadaan terkawal berikutan kesesakan hanya dilaporkan berlaku di Sedenak menuju ke Simpang Renggam.

"LLM menjangkakan kesesakan akan berlarutan sehingga lewat malam dan pengguna dinasihatkan merancang perjalanan mereka terlebih dahulu,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved