Cara membeli barangan bayi dengan harga murah

Family & Parenting
2 Jun 2022 • 10:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Cara membeli barangan bayi dengan harga murah

Photo by Pixabay from Pexels

Sebagai seorang ibubapa, kita mesti hendak anak kita diberi layanan dan memakai barangan yang paling terbaik apabila bayi itu keluar ke dunia ini. Semangat si pencari rezeki mahu pun sepasang ibubapa yang mencari rezeki untuk keluarga semestinya nak yang terbaik. Kita juga sangat pentingkan kualiti barangan bagi bayi kita. Kenaikan harga barang pasca pandemik sangat terkesan untuk semua produk di pasaran termasuk barangan bayi. Kita juga harus menjadi pembeli yang bijak dan mendapat penjimatan yang luar biasa.

Perancangan rapi mestilah diadakan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Kita wajib membuat senarai barang untuk dibeli dan sediakan ruang untuk meletakkan senarai tempat untuk kita beli barangan tersebut. Contohnya lampin pakai buang boleh diberi pada 7-8 bulan kandungan dan dibeli di ekspo barangan bayi.

Cari ekspo dan jualan gudang barangan bayi

Sebagai pembeli yang bijak kita kena rajin dan sabar dalam proses ini. Pertama sekali kita harus mencari ekspo barangan bayi atau jualan gudang di dalam media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram. Kita akan mendapat potongan harga yang sangat besar jika beli barang ketika itu. Kita mesti kerap membuat kajian ini secara berkala untuk elak dari terlepas tarikh ekspo tersebut.

Cari ‘personal shopper’ barangan bayi

Selain dari membuat pembelian sendiri, kini kita boleh memilih hanya untuk duduk dirumah sahaja sudah boleh membeli belah. Kita boleh mencari pembeli peribadi atau lebih terkenal dengan ‘personal shopper’. Mereka ini menjadikan perkhidmatan ini sebagai kerjaya dan beroleh pendapatan lumayan. Mereka juga sangat pakar dalam mencari barangan yang murah dan berkualiti. Sebagai pembeli kita boleh menjimatkan masa kita dan tidak perlu keluar dengan kesesakan orang ramai untuk membeli. Kita boleh mncari mereka di laman sosial dan membuat carian secara terperinci. Saya pernah berpeluang membeli barangan bayi dengan potongan sangat besar dengan jenama yang sangat mahal. Mereka juga akan mengambil upah diantara RM3-RM30 untuk setiap barang mengikut berat dan jenis barang tersebut.

Selamat berbelanja semua!


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.