Kes bunuh pembantu rumah: Laporan forensik, DNA belum selesai

18 May 2022 • 5:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Laporan forensik dan DNA dalam kes suami isteri yang didakwa membunuh pembantu rumah mereka yang memiliki MyKad, masih belum selesai.

Majistret Jessica Ombou Kakayun kemudian menetapkan 5 Julai ini untuk sebutan semula kes bekas Finalis Masterchef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, 33, dan suaminya, kontraktor Mohammad Ambree Yunos @ Unos, 40.

Kes itu dikemukakan pada Selasa untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Pasangan itu didakwa membunuh Nur Afiyah Daeng Damin, antara 10 dan 13 Dis 2021 di sebuah unit di Menara Amber, Lido Avenue, Jalan Lintas Lido, Penampang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Setakat ini, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana pengakuan mereka hanya akan diambil setelah kes mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 26 Apr, Etiqah dilepaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan beberapa syarat oleh Mahkamah Rayuan tetapi suaminya masih ditahan reman.

Inspektor Suzie Kupit hadir untuk pendakwaan manakala peguam Ram Singh mewakili Mohammad Ambree dan isterinya diwakili peguam Dato Rakhbir Singh.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.