Kebakaran Di New Delhi, 27 Terkorban

14 May 2022 • 2:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
27 maut manakala 50 orang berjaya diselamatkan dalam kebakaran di sebuah bangunan 4 tingkat di barat New Delhi, pada Jumaat. - Gambar AFP

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan ramai lagi cedera dalam satu kebakaran di sebuah bangunan empat tingkat di kawasan Mundka, barat New Delhi pada Jumaat.

Sementara itu, menurut polis New Delhi 50 orang diselamatkan dan lebih 30 anggota bomba dikerahkan untuk mengawal kebakaran, kata polis.

Punca kebakaran yang bermula di aras satu itu masih belum dapat dipastikan, namun seorang pegawai perbandaran mengesyaki ia berpunca akibat litar pintas. 

Insiden itu dilaporkan kira-kira 4.40 petang dan pasukan penyelamat operasi mencari dan menyelamat diteruskan sehingga malam.

Puluhan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved