Lelaki Maut Kereta Terbabas Langgar Penghadang Jalan

28 May 2022 • 5:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mangsa yang berusia 29 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman. - Gambar ihsan Polis

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di KM37.9 Persiaran Utama menghala ke Puchong awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menerusi kenyataan memaklumkan, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Cyberjaya menghala ke Puchong untuk pulang ke rumah.

“Sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai terbabas dan melanggar besi penghadang di antara jalan susur keluar ke Putrajaya dan arah ke Puchong,” katanya.

Kenyataan sama memaklumkan, mangsa yang tersepit di dalam kereta dibawa keluar dengan bantuan pihak bomba.

“Mangsa kemudian di hantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Getaran, 28 Mei 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved