Netizen Tak Keruan Tonton Babak Bogel Chris Hemsworth 

Movie
27 May 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Baru-baru ini, Marvel Entertaiment telah melancarkan treler terbaharu filem 'Thor: Love And Thunder' yang dibintangi oleh pelakon kacak bertubuh sasa, Chris Hemsworth.

image is not available

Peminat filem Thor ternyata teruja untuk menyaksikan filem sekuel keempat yang bakal menjengah pawagam pada Julai ini.

Namun apa yang paling menarik perhatian netizen dalam treler berdurasi 2 minit 16 saat itu adalah babak Chris Hemsworth dalam keadaan bogel.

image is not available

Walaubagaimanapun, bahagian punggung aktor itu telah dikaburkan. Namun netizen berharap babak itu tidak akan dipotong sewaktu ditayangkan di pawagam kelak. 

image is not available

Selain Chris Hemsworth, filem ini turut dibintangi oleh Christian Bale yang membawakan watak antagonis. Natalie Portman dan Tessa Thompson dilihat turut kembali dalam filem terbaharu ini. - Getaran, 27 Mei 2022 

image is not available

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved