Harga runcit RON97 naik 37 sen kepada RM4.70 seliter

25 May 2022 • 5:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter kepada RM4.70 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 26 Mei hingga 1 Jun.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga bagi petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15, meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved