“Saya Suka Hijab, Saya Suka Menari” – Youtuber Dikecam Campur Aduk Agama Dan Hobi

Entertainment
12 May 2022 • 12:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang Youtuber dikenali sebagai Sabrina Azhar menerima kritikan netizen selepas muncul dalam temubual bersama BBC. Dalam temubual itu, Sabrina mendedahkan dia sering dikecam gara-gara menari tarian K-Pop sambil memakai hijab.

Sabrina yang kini sedang menyambung pengajian di South Korea bagaimanapun merasakan hobinya itu tidak salah selagi dia tidak memudaratkan orang lain.

Youtuber ini turut menggalakkan hijabis yang lain untuk tidak takut menunjukkan bakat mereka dan tidak menjadikan hijab itu sebagai satu penghalang untuk menari.

Kenyataan yang dibuat gadis berusia 22 tahun ini nampaknya tidak diterima baik netizen. Sesetengah netizen merasakan gadis itu tidak sepatutnya mencampur adukkan agama dan hobi.

image is not available

Netizen juga berpendapat menari memakai hijab bukanlah satu cara untuk menunjukkan keyakinan seseorang itu kerana dari sisi agama juga melarang untuk wanita ‘bergelek’ lalu dipertontonkan kepada umum.

Untuk rekod, Sabrina merupakan seorang content creator yang berasal dari Malaysia dan sedang menyambung pengajian di Korea. Dia mempunyai 204,000 pengikut di Youtube.

Kredit: BBC World Service | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.