Siri Honor 70 Akan Menggunakan Sensor Sony IMX800

TechnologyDigital
25 May 2022 • 5:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor 70 bakal dilancarkan di China pada 30 Mei 2022. Menurut jangkaan awal, ia mungkin terdiri dengan beberapa variasi berbeza iaitu Honor 70, Honor 70 Pro dan Honor 70 Pro+. Dalam masa sama, penggunaan ciri dan fungsi lebih baik turut disertakan bagi menjadikannya menarik.

image is not available

Salah satu spesifikasi utama pada peranti kini dikongsi. Ia menunjukkan siri Honor 70 akan menggunakan sensor Sony IMX800 untuk kamera utamanya. Di samping itu, kameranya juga dikatakan turut lengkap dengan sokongan sensor 1 / 1.1-inci sebesar 50-Megapixel. Namun apa yang menjadi persoalan ketika ini adalah variasi manakah yang bakal menggunakan kamera ini.

image is not available

image is not available

Dalam perkembangan berbeza, Honor 70 dan 70 Pro juga didapati telah tersenarai di kedai atas talian Honor China. Dalam masa sama, reka bentuk peranti ini turut telah diperlihatkan sepenuhnya. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut akan diketahui selepas pelancaran rasmi kelak.