(VIDEO) “Cam Bangang!” – Tular Trend Solat ‘Jemaah’ Dengan Kipas Di Tiktok, Netizen Luah Rasa Berang

23 May 2022 • 4:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menjengah ke media sosial TikTok, video remaja sedang menunaikan solat fardu tetapi diimamkan atau dimakmumkan oleh alatan elektronik berupa kipas sudah menjadi tular pada ketika ini.

Dalam video yang semakin ‘trending’ itu, kelihatan remaja Islam tidak kira lelaki dan perempuan berlumba-lumba merakam video sedang bersolat bersama kipas yang dipakaikan telekung atau baju melayu di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen beberapa hantaran video tersebut, ramai netizen merasakan perbuatan tersebut tidak sesuai dilakukan dan tidak bermanfaat langsung.

Ada juga yang tertanya-tanya apakah motif sebenar si pemuat naik video berkenaan dengan menayangkan ‘content’ sedemikian rupa?

image is not available

Sumber : TikTok  

Kata netizen, pelaku dalam video-video tersebut hanya menjatuhkan maruah Islam selain dilihat sedang memperbodohkan diri sendiri kepada umum.

Selain itu, ramai yang berpendapat bahawa ramai remaja sekarang gemar ‘mengejar content’ bagi memperoleh populariti secara cepat meskipun perbuatan yang dilakukan itu tidak senonoh dan salah dari hukum agama.

image is not available 4 jam lalu

"Halus Je" - Lelaki Terkejut 'Order' Set Roti Bakar Dekat Kopitiam Terkenal, Sekali Inti 'Ciput'