MBSA, JPS Selangor Berjaga-jaga, Paras Air Lepasi Paras Bahaya

25 May 2022 • 8:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Keadaan di kunci air Sri Muda dengan keempat-empat pam kini sedang berjalan dengan lancar setakat 3.30 petang tadi. - Gambar dari Facebook Ganabatirau Veraman

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  Selangor berada dalam keadaan berjaga-jaga, susulan paras air Sungai Klang di Taman Sri Muda yang telah melepasi tahap bahaya berikutan hujan berterusan hari ini, kata ADUN Kota Kemuning Ganabatirau Veraman.

Bercakap kepada The Vibes, Ganabatirau memberitahu, agensi-agensi kerajaan negeri menyedari peningkatan paras air, bagaimanapun tiada amaran banjir telah dikeluarkan.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor menambah, kesemua empat pam di sungai di Sri Muda berfungsi dengan baik setakat jam 3.30 petang tadi.

“Tiada amaran banjir di Taman Sri Muda lagi, tapi kita menyedari bahawa air yang naik telah sampai Sungai Damansara. Sejak hujan berhenti, paras air (di sungai) kini telah semakin berkurangan,” katanya kepada The Vibes.

Pemantauan oleh The Vibes di laman web publicinfobanjir menunjukkan paras air di Sungai Klang di Taman Sri Muda telah melepasi tahap berbahaya dan menunjukkan berlakunya peningkatan.

BERITA LANJUT MENYUSUL