“Sila Tag Kak KM” – Tutup Wajah Anak Dengan Emoji, Elly Mazlein Kata Itu Pilihan Sendiri

Entertainment
19 May 2022 • 2:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Usahawan sensasi yang merupakan anak kepada pelakon Normah Damanhuri iaitu Kak KM baru-baru ini meluahkan rasa rimas tengok segelintir artis yang menutup wajah anak.

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli turut mempersoalkan mengapa hanya bahagian badan tertentu seperti tangan dan kaki ditunjukkan kepada umum di media sosial.

Menjawab kepada kritikan itu, selebriti serba boleh Elly Mazlein berkata masing-masing mempunyai hak untuk membuat keputusan.

Seperti yang diketahui umum, penyanyi ini sehingga kini tidak mendedahkan wajah anak sulungnya Putri Sara Sefhia meskipun usianya sudah masuk 6 tahun.

Anak keduanya yang baru dilahirkan tahun lalu juga tidak didedahkan wajahnya dan beliau sebagai ibu selesa dengan cara begitu.

Kata Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina, tiada apa yang pelik sehingga perlu dijadikan content sesetengah orang. Penyanyi ini juga menegaskan supaya tidak menyentuh soal anak-anak kerana setiap manusia ada hak untuk bahagia dengan cara tersendiri.

Kredit: Instagram Elly Mazlein

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.