
RANAU: Pereka fesyen tempatan, Bruno George Sadiwa muncul juara Pertandingan ‘Garung Olumis’ yang diadakan pada Malam Gala (Sodop Huminodun) Pesta Kaamatan Peringkat Daerah 2022 di sini Sabtu lepas.
Dalam pertandingan yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau itu, Bruno memenangi hadiah utama RM2,000 selepas rekaannya yang dipakai di pentas peragaan oleh naib juara Unduk Ngadau Ranau 2021, Angela Mujini, dipilih sebagai yang terbaik pada malam itu.
Pemenang kedua dengan wang tunai RM1,500, menjadi milik Andrew Joseph dengan rekaannya dipakai oleh peserta pertandingan Unduk Ngadau tahun ini, Mary Joy Vitus.

