Pesawat Nepal bawa 22 penumpang dilaporkan hilang

29 May 2022 • 7:52 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KATHAMANDU : Seramai 22 penumpang pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan swasta di Nepal dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan menuju ke Jomsom.

Menurut pegawai syarikat penerbangan dan kerajaan, pesawat kecil itu terbang dari bandar pelancongan Pokhara, kira-kira 200 kilometer barat laut ibu negara.

Seorang pegawai syarikat penerbangan berkata, empat warga India dan dua lagi warga asing merupakan yang terlibat dengan kewarganegaraan mereka belum diketahui.

Nepal, negara yang mempunyai banyak gunung tertinggi dunia, mempunyai rekod kemalangan udara membabitkan pesawat domestik dengan cuaca tidak menentu dan landasan pengangkutan udara terletak di lokasi yang sukar.

-REUTERS

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved