Google Photos Untuk Android Akhirnya Boleh Padam Gambar Terus Daripada Album

TechnologyDigital
19 May 2022 • 9:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Rasanya pada saat ini, semua sudah tahu. Tetapi jika belum, tahukah anda yang kebanyakan ciri menarik aplikasi Google dan kemaskini baharu diberikan kepada peranti iOS terlebih dahulu? Peranti Android kerap ketinggalan atau lambat.

Antaranya adalah ciri padam gambar terus daripada album. Pada iOS, tiada masalah pun jika pengguna ingin padam gambar terus kerana adanya ikon tong sampah. Begitu juga di web. Di Android, ikon ini tidak kelihatan dan antara perkara yang menjengkelkan. Android hanya membenarkan penggua membuang gambar daripada Album, tetapi tidak daripada Google Photos itu sendiri.

image is not available

Terkini ciri ini mula diimplementasikan kepada peranti Android. Namun ia cacat, kerana pengguna hanya boleh buang gambar jika album itu ditetapkan sebagai peribadi. Album yang telah dikongsi atau pernah dikongsi kekal dengan gambar hanya boleh dibuang daripada album bukan padam sepenuhnya.