Kedai Di Akihabara Menawarkan Perkhidmatan Memusnahkan Storan Cakera Keras Komputer

TechnologyDigital
27 May 2022 • 4:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kita sering diingatkan supaya tidak lupa untuk memformat storan cakera keras (HDD) komputer sebelum ia dijual atau diberikan ke pusat kitaran semula. Namun wujud bukti bahawa ramai tidak memformat dengan betul sehingga data yang “dipadam” masih boleh dikembalikan semula menggunakan perisian khas. Di Jepun sebuah kedai di Akihabara Jepun menawarkan perkhidmatan unik memusnahkan HD untuk memastikan data tidak akan dapat dibaca.

image is not available

Kedai Dark Past Final Disposal Site mengenakan bayaran 100 Yen (~RM3.45) untuk memusnahkan HDD menggunakan mesin profesional Nitto Zoki DB-60PRO. Empat batang besi akan menembusi cakera keras dan tubuh HDD yang ingin dimusnahkan. Dengan sistem ini kebarangkalian data dicuri adalah rendah.

Perkhidmatan ini telah ditawarkan sejak 2020. Orang ramai boleh sahaja memusnahkan HDD menggunakan peralatan di rumah seperti tukul tetapi serpihan logam mungkin berbahaya. Dengan sistem profesional ini, penghapusan HDD dilakukan dengan selamat dan dijamin keberkesanannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved