Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS

Business & Finance
20 May 2022 • 7:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Ringgit menyaksikan urus niaga lebih positif berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila ditutup mengukuh pada Jumaat susulan peningkatan sentimen selepas China bertindak menurunkan kadar faedah utama bagi merangsang ekonominya, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit berada di paras 4.3870/3910 berbanding dolar AS daripada 4.4030/4060 pada akhir urus niaga semalam (Khamis).

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes bagaimanapun berkata, berdasarkan urus niaga semasa, pengukuhan ringgit turut membuktikan tindakan pelabur yang menarik diri daripada pendedahan dolar AS bagi tempoh lama.

"Dalam tukaran asing di Asia, sebarang langkah China bertindak mengurangkan kebimbangan ramai, akan mendatangkan kesan atau manfaat.

"Bagi saya, ringgit yang sememangnya telah dinilai rendah, akan menyaksikan aliran kenaikan berikutan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) yang sudah menaikkan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1845/1879 daripada 3.1752/1778 sebelum ini, rendah berbanding euro kepada 4.6445/6488 daripada 4.6223/6254 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4732/4782 daripada 5.4584/4621.

Unit tempatan itu bagaimanapun naik berbanding yen Jepun kepada 3.4236/4270 daripada 3.4495/4524, pada Khamis. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved