Baru Seminggu Tinggal Dengan Ayah Kandung Dan Ibu Tiri, Kanak-Kanak 5 Tahun Mati Akibat Didera

25 May 2022 • 2:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang kanak-kanak berasal dari Kotamobagu, Indonesia meninggal dunia dan ia dipercayai kerana didera oleh ayah kandung dan ibu tiri.

Berdasarkan laporan Suara, kanak-kanak berusia lima tahun itu baru sahaja seminggu dihantar oleh nenek untuk tinggal bersama ayah kandungnya di Gorontalo atas alasan boleh dihantar ke sekolah.

Namun, sebab kanak-kanak itu meninggal dunia tidak lagi dapat dikesan tetapi pihak keluarga merasakan mangsa meninggal secara tidak wajar.

image is not available

Selain itu, kesan lebam dan juga batang penyapu dalam keadaan patah membuatkan pihak keluarga mangsa yakin bahawa ada kekerasan yang berlaku ke atas kanak-kanak tersebut.

Dalam pada itu, pihak keluarga mangsa juga berharap agar keadilan dapat ditegakkan dan pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes yang berlaku.

Bapa kandung kepada kanak-kanak itu juga dikatakan telah dijemput hadir ke balai polis demi membantu siasatan kes.

image is not available 4 minggu lalu

Kes Kematian Baby Adam, Siti Bainun Dipanggil Polis Untuk Rakam Keterangan